Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, saya mendapati bahawa kebanyakan pengundi masih tidak dapat membuat keputusan mengundi siapa.
Maka -JoE.CoM- akan memberikan satu jawapan :
Calon Pakatan Rakyat-PKR Zaid Ibrahim
Dalam petikan ini, saya akan menjelaskan sebab-sebab saya menyokong Zaid Ibrahim.
1) Keberanian Zaid
Walaupun Zaid telah mengakui bahawa beliau pernah meminum arak, Zaid telah insaf. Beliau sanggup mengakui dan memohon maaf. Mana ada pemimpin yang seberani seperti Zaid ?
Menteri dari UMNO dan BN tidak berani memohon maaf walaupun mereka merampas hak rakyat. Sehinggai hari ini, UMNO masih tidak berani memohon maaf atas kejadian perampasan kuasa di negeri Perak. Malah pengecut di UMNO tidak berani menghadapi pengundi atau membubarkan pilihan raya. Kejadian itu adalah HARAM, bukan HALAL.
2) Ketelusan
Sesetengah politikus BN menuduh bahawa kekayaan Zaid adalah haram. Maka mereka menyeru Zaid memaparkan harta kemilikan Zaid. Zaid seorang yang dilahirkan di keluarga miskin. Beliau telah berusaha untuk medapat kekayaan hari ini.
(Rumah kepunyaan Bekas MB Selangor, Khir Toyo)
Sehingga kini, tiada menteri UMNO atau BN berani memaparkan kekayaan mereka. Adakah harta yang dimiliki adalahh HARAM dan TIDAK HALAL ?
3) Pemimpin yang menegak keadilan
Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai menteri kerana kejadian ISA terhadap MP Teresa Kok, Blogger Raja Petra dan wartawan Tan Cheng Hoon. Mengapakah beliau hendak membuat sedemikian ? Beliau seorang yang menegakkan keadilan. Keputusan beliau disebabkan kerana beliau membantah keputusan dan kecewa dengan keputusan Kerajaan BN.
Berapa pemimpin UMNO yang berani meletak jawatan atau memohon maaf sekiranya mereka membuat kesalahan ? TIADA !
4) Pemimpin yang minda terbuka
Seorang Ahli Parlimen (MP) perlu mengetahui dan memahami isu semasa berkenaan polisi negara. Zaid Ibrahim yang merupakan seorang peguam menguasai ilmu dan pengetahuan dalam bidang kehakiman negara. Maka beliau dapat menyuarakan pendapat rakyat di Parlimen.
Calon BN Kamalalanathan telah menolak permintaan wartawan untuk berbincang dan memberi pendapat tentang polisi negara dan polisi BN sendiri. Ini menunjukkan bahwa Calon BN tidak mengetahui banyak tentang isu semasa negara. Apa yang dapat dibuat dari seorang MP yang tidak mempedulikan hak rakyat atau isu semasa ?
5) Tempat kelahiran
Tempat kelahiran calon bukanlah sesuatu yang penting. Yang pentingnya calon tersebut dapat memberikan perkhidmatan kepada pengundi di kawasan calon. Sebagi contoh, Pengerusi PKR Dato Seri Wan Azizah tidak dilahirkan di Permatang Pauh tetapi beliau telah menjadi MP bagi kawasan Permatang Pauh selama 10 tahun, malah menjadi ketua pembangkang di Parlimen.
Pemimpin-peminpin seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga tidak dilahir di Pulau Pinang. Dia mendapat sokongan dari pengudi di Pulau Pinang kerana ketelusan dan kepimpinan beliau.
Kesimpulan :
Zaid Ibrahim merupakan seorang calon yang baik, berkemampuan dan layak. Saya masih tidak dapat fikir tentang apa alasan tidak mengudi beliau.
Undi Zaid Ibrahim untuk masa depan Malaysia !
-JoE.CoM-
2 comments:
i wan de Latest updates feature!!
Im very sad the time i knew Zaid Ibrahim lost. In fact chinese origin gave him full support.
Nothing to be related wif politics:) just my opinion
Post a Comment